Friday, 5 April 2013

Video One Shot UPM

Tugasan pasal menari... Lebih kurang macam entry aku yg lepas, tapi kali ni lebi bersifat ilmiah sikit... Cerita tentang langkah-langkah semasa buat video. Semuanya kerana exam yg mendatang.

1. Terlopong dengar arahan dr. Oh My God, first time nk masuk youtube dengan video yg tak tahu rupanya macam mana. Mak, tolong adik!!!

2. Pemilihan lagu. Banyak juga lagu yang disenaraihitamkan. tapi lagu yg diputihkan adalah Jeng! Jeng! Jeng! Lagu dangdut Robek Hatiku. Lagu 2 aku nyanyi masa karoeke jer. Tak bajet langsung akn menari untuk lagu dangdut.

3. Khamis malam jumaat. our first practice. Tergedik-gedik jngn dok cerita. Macam2 step keluar. Nasib baik bukan lagu hindustan, klu tak nak juga jadi Kajol. Walaupun tak dapat tangkap step 100%, tapi group aku memang best... sporting dengan idea yg merepek meraban. hehe.

4. Hari jumaat... bermulalah aktiviti berdangdut walaupun tak la macam Mas Idayu. Walaupun mula2 lupa step menari, akhirnya dapat juga buat tarian dangdut. Lantak la orang nak kata apa. Ada aku kisah?

5. Tq kpda coursemate yg tolong bantu-membantu golongan girl macam kitaorang ini, jasamu takkan ku lupa.

6. Siap video, proses mengedit.... proses yg menimbulkan kegilaan terhadap kawanku yg seorang ini. maunya tak, yg lain mana tahu nak buat edit2 bagai ni, aku edit asigment tau ar. Kalau edit video confirm video dangdut tukar jadi nasyid lepas ni. Terima kasih kawanku yg pandai dalam bab ini.





7. Upload video di youtube. Satu dunia tengok. Rasa macam nak gelak guling-guling. Yeee, Aku dah jadi artis yg tak bertauliah.

8. Sampai kelas, tayangan video di youtube. Time ni la internet buat hal. ingatkan selamat daripada ditonton oleh seluruh kelas, rupanya ada kawan aku dan download semua video menari. Sesi bermalu-maluan pun bermula.

9. 16 group, dengan lagu dan tarian yg berbeza, congrates semua. Walaupun baru first time. Korang memang pakar la menari.



10. Seterusnya.... satu video yg tak kuduga bakal berlaku dalam sejarah hidupku???

No comments:

Post a Comment