Sunday, 21 April 2013

BBM3410 Pengalaman Video Seram







Sejujurnya untuk entry kali ni. Aku tiada banyak penerangan untuk video seram sebab aku tak terlibat secara langsung untuk video kali ni. Nak tahu sebab apa? Aku telah pulang ke kampung untuk cuti  midterm dan tiket pergi balik sudah dibeli. So sorry group mate sekalian.

Apa-apapun sebelum itu, perbincangan untuk video seram telah dilakukan sebelum aku pulang ke kampung walaupun jalan cerita tidak sepenuhnya diputuskan. Tapi alatan seperti  khemah memang confirm digunakan.
Sesampainya di bumi UPM tercinta setelah selesai cuti, scene watak aku sebagai pembunuh yang psiko pun dilakukan. Sebelum tu, group mate aku bagi penerangan tentang keseluruhan jalan cerita kerana scene mereka dibunuh telah dilakukan sebelum itu. Sebabnya nak jimat masa. Lagipun proses edit video yang memakan masa dan susah tahap gaban. Walaupun bukan aku tukang editnya, tapi thanks kepada group aku yang susah payah editkan video. Teror gak budak ni.

Memang sukar nak lakonkan watak tanpa bercakap. Hanya mulut bergerak. Lagipun video seram hanya menggunakan muzik sahaja dan wataknya perlulah menjadi bisu sepanjang video  4 minit tu. Nak tak nak kenalah buat muka psiko sambil pegang pisau walaupun aku perasan yang muka aku tu tak psiko pun sangat. hehe.

Tape untuk scene aku diambil lebih kurang dalam 4 ke 5 tape. Untuk scene yg lain banyak juga la tape yang diambil untuk memastikan kelancaran video. Setelah siap, geng aku tolong edit kerana hanya dia satu-satu insan dalam group mate ku yang pakar bab macam ni. Nak harap aku. Lagi hampeh.
So, inilah video seram group mate kitaorang ….

Tragedi. Enjoy ye!!!

No comments:

Post a Comment