Thursday 30 May 2013

BBM3410: Salam Terakhir





SITI MUHANIM BT MD NYAN 

159707




Salam untuk semua teman pembacaku...

Saat ini teringat pula lagu bait-bait lirik indah nyanyian Sudirman 'Salam Terakhir'.

Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
Salam akhir
Salam yang teristimewa
Bersamanya ku memohon keampunan
Melaluinya ku beri kemaafan kepadamu...


Putaran waktu menyebabkan aku sendiri leka sehingga tup-tup sudah sampai ke destinasi yang terakhir. Nukilan terakhir untuk kelas bahasa dalam multimedia. Rasa sedih pulak walaupun aku tidak aktif dalam menulis blog. Salam terakhir yang akan membawa aku kepada destinasi yang lain. Destinasi yang pastinya lebih banyak likunya.

Rasa baru semalam kelas ini bermula. Rasa baru semalam mulut ini berceloteh yang entah apa-apa, mengeluh dengan kerja menggunung tinggi. Letih dengan kerja yang berderet. Tetapi bila dah berakhir, rasa rindu dengan itu semua. Walau ada keluhan lega, tetap ada rindu yang menikam sukma.

Buat kedua-dua Dr. yang mengajar kelas bahasa dan multimedia. Terima kasih atas curahan ilmu. Meski pening dengan kaedah berbeza yang dipraktikkan. Kelas tetap sempoi. Terima kasih Dr. Arba'ie Sujud dan Dr. Normaliza.

Salam terakhir kutitipkan khas buat Dr. Normaliza @ Dr. Notts. Sikap selamba dr. menyebabkan aku juga berasa selamba. Walau gentar saat pertama kali bertemu, walau ada rasa tidak puas hati kerana kerja yang diberi, aku sedar itu semua mengajar aku untuk menjadi yang cemerlang, menjadi diri sendiri. Terima kasih Dr. Notts kerana kamu membentuk diriku yang tidak malu lagi, diriku yang sudah bijak bergaya di hadapan kamera yang sedikit waktu dulu sangat aku geruni. Terima kasih ke atas tunjuk ajarmu. Terima kasih di atas kerja yang berlambak terhidang di hadapan mataku. Kamu mengajar aku menjadi orang yang tahu menghargai masa. Maunya tak. menggelabah kalau aku masuk kelas lewat. Takut kena halau. haha!

Salam terakhir aku suakan jua buat team kumpulan aku 'Bidasari Unnie'. Aku masih ingat pertemuan kita semester pertama dulu. Semuanya berdiri dengan muka innocent, muka yang tak tahu apa-apa. Senang cakap muka bler. Namun, usia mematangkan kita, menjadikan diri kita berlari seiring masa. Kamu menceriakan hati ini. Maaf jika aku membuat kamu semua terluka. Maaf jika kerja yang digalaskan di bahuku tidak dapat aku laksanakan sebaik mungkin. Maaf juga andai aku suka ikut kepala sendiri, tak pandai nak jaga hati korang semua. Huhu!

                 Aku hanya insan lemah, mendongak langit. Mencari bintang, yang jauh dari gapaian jariku. Untuk
                             dijadikan hiasan, menerangi lorong gelapku...

Untuk si manis kumpulanku. Kita akan keluar menjadi seorang yang baru, menjadi insan yang bersifat matang. Aku harap kita semua bijak membawa kehidupan ini. Jadikan segala pengalaman di sini sebagai dorongan di luar sana. Sayang kamu semua.

Buat ahli Mariposa. Salam terakhir kutujukan buat kamu. Sedih nak berpisah dengan kamu semua. Sebab kita bukannya duduk dekat-dekat. Sorang sebelah utara, seorang sebelah selatan dan seorang sebelah timur. Harap kamu jaga diri. Jangan lupakan team kita ini. haha!

Untuk kamu, rakan pelajar kelas bahasa dan multimedia. Pastinya kenangan indah dan gila-gila bersama kamu akan terpahat di sanubari ini. Kriteria yang pelbagai menceriakan kelas itu. Ada ketawa, ada yang tidak puas hati , ada yang bler, ada yang suka menyendiri, malahan ada yang suka datang lambat kelas. Itu semua merupakan momen indah bersama kamu semua. Kamu sentiasa bersorak, menyokong setiap hasil kerja temanmu. Sikap kamu yang sporting memberi ilham dan keyakinan buat yang lain. Salam terakhir ini kulukiskan agar melekat di hati kamu semua.

Kelas ini mencorak tawaku, kadang kala diselangi dengan air mata. Salam terakhir ini adalah salam yang teristimewa buat kamu semua. Andai tidak kita bersua lagi. Harap kamu masih mengingati diri ini. Kenyataan ini harus kita tempuhi, setiap orang melangkah meninggalkan kenangan itu. Aku memohon kemaafan, andai pernah membuat kamu terasa dan mengadu dalam sukma.

SALAM TERAKHIR BUAT DR. NOTTS, BIDASARI UNNIE, MARIPOSA DAN PELAJAR BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU 2010/2011...








Kitaorang ada juga buat video yang lain. Tapi macam mana la x boleh nak masukkan dalam blog. Huhu. Maaf sangat-sangat. Kalau rasa nak nonton. tengok jer Youtube. Taip jer BBM3410. Confirm ada punya ok.




Gambar unik gabungan tiga kumpulan gadis cun. hehe. Terperasan pulak. Bidasari Unnie, Jejari Patah dan Bitara. Korang memang terbaik...
























 Selamat berjaya semua. Selamat tinggal segala kenangan. Moga kita bersua kembali satu hari nanti. Sayang kamu semua...

Thursday 23 May 2013

BBM3410- LAMAN WEB

Ini merupakan antara kerja tugasan amali yang terakhir aku lakukan sepanjang mengikuti kursus bahasa dalam multimedia. Pelbagai aktiviti aku lampirkan sebagai catatan perjalan hidupku sepnjang aku menimba ilmu di UPM. Ada suka dan duka yang berselirat di sudut sanubari. Ku lampirkan buat renungan untuk kamu semua.

Madah Bicara Cinta

Moga semua sudi menyinggah, menjadi antara yang berkongsi cinta bersamaku. Rasa jiwang tiba-tiba namun itu lumrah dalam kehidupan.

Sunday 21 April 2013

BBM3410 Pengalaman Video Seram







Sejujurnya untuk entry kali ni. Aku tiada banyak penerangan untuk video seram sebab aku tak terlibat secara langsung untuk video kali ni. Nak tahu sebab apa? Aku telah pulang ke kampung untuk cuti  midterm dan tiket pergi balik sudah dibeli. So sorry group mate sekalian.

Apa-apapun sebelum itu, perbincangan untuk video seram telah dilakukan sebelum aku pulang ke kampung walaupun jalan cerita tidak sepenuhnya diputuskan. Tapi alatan seperti  khemah memang confirm digunakan.
Sesampainya di bumi UPM tercinta setelah selesai cuti, scene watak aku sebagai pembunuh yang psiko pun dilakukan. Sebelum tu, group mate aku bagi penerangan tentang keseluruhan jalan cerita kerana scene mereka dibunuh telah dilakukan sebelum itu. Sebabnya nak jimat masa. Lagipun proses edit video yang memakan masa dan susah tahap gaban. Walaupun bukan aku tukang editnya, tapi thanks kepada group aku yang susah payah editkan video. Teror gak budak ni.

Memang sukar nak lakonkan watak tanpa bercakap. Hanya mulut bergerak. Lagipun video seram hanya menggunakan muzik sahaja dan wataknya perlulah menjadi bisu sepanjang video  4 minit tu. Nak tak nak kenalah buat muka psiko sambil pegang pisau walaupun aku perasan yang muka aku tu tak psiko pun sangat. hehe.

Tape untuk scene aku diambil lebih kurang dalam 4 ke 5 tape. Untuk scene yg lain banyak juga la tape yang diambil untuk memastikan kelancaran video. Setelah siap, geng aku tolong edit kerana hanya dia satu-satu insan dalam group mate ku yang pakar bab macam ni. Nak harap aku. Lagi hampeh.
So, inilah video seram group mate kitaorang ….

Tragedi. Enjoy ye!!!

Tuesday 16 April 2013

Buat Kamu

Hari ini aku menunggu pesananmu
Namun hanya sepi menemani skrin putih itu
Aku cuba menceriakan keadaan
Bertanya itu ini dengan kamu
Tapi kamu masih tetap diam tanpa jawapan

Pesanan ringkas yang kau titipkan
Membuat aku terpana
Mengapa  kamu masih terus menyalahkanku
Menyatakan aku tidak tahu menghargai kamu

Aku ingin kamu mengerti
Kamu orang yang sangat aku sayangi
Jika aku salah
Cuba kamu terangkan agar aku mengerti
Agar aku tidak melakukan kesalahan itu lagi
Tetapi mengapa hanya kamu titipkan pesanan
Yang tidak tahu hujung pangkalnya

Setiap bicaramu benar
Dan setiap bicaraku salah
Yang kamu katakan sebagai duri
Menusuk tajam jiwamu

Perlu aku sahaja yang mengerti kamu?
Sekasar dan setajam bibirku
Aku juga punya perasaan
Cuba kamu berada di tempatku
Memahami diriku
Pasti kamu akan terluka juga

Buat kamu 'Y'
Ingin aku titipkan pesan
Maafkan segalanya
Andai  aku yang bersalah...

Monday 15 April 2013

Untuk Kedua Kalinya

Aku tidak mengerti
Bahasa apa lagi harus aku pamerkan
Untuk aku memahami
Apa yang kamu mahu?

Kali pertama kamu lakukan itu
Aku hanya tersenyum
Walau tidak aku mengerti
Di mana salahku
Dan... untuk kali keduanya
Perasaan ini terguris
Sedangkan seperti kali yang pertama
Aku mencari salahku di matamu

Kamu istimewa
Namun menyebalkan jiwaku

Pada siapa harus aku suarakan
Rontaan sedih sukmaku
Pada langit atau pada pohon kaku
Yang pastinya membisu
Mendengar suara hatiku

Untuk kali keduanya
Aku hanyut dalam luka ini
Terima kasih kamu
Kerana membuat sukmaku
Menangis dalam pilu
Aku harap tiada duka buat kali yang ketiganya
Kerana aku tidak berdaya lagi
MAAFKAN AKU...

Friday 5 April 2013

Video One Shot UPM

Tugasan pasal menari... Lebih kurang macam entry aku yg lepas, tapi kali ni lebi bersifat ilmiah sikit... Cerita tentang langkah-langkah semasa buat video. Semuanya kerana exam yg mendatang.

1. Terlopong dengar arahan dr. Oh My God, first time nk masuk youtube dengan video yg tak tahu rupanya macam mana. Mak, tolong adik!!!

2. Pemilihan lagu. Banyak juga lagu yang disenaraihitamkan. tapi lagu yg diputihkan adalah Jeng! Jeng! Jeng! Lagu dangdut Robek Hatiku. Lagu 2 aku nyanyi masa karoeke jer. Tak bajet langsung akn menari untuk lagu dangdut.

3. Khamis malam jumaat. our first practice. Tergedik-gedik jngn dok cerita. Macam2 step keluar. Nasib baik bukan lagu hindustan, klu tak nak juga jadi Kajol. Walaupun tak dapat tangkap step 100%, tapi group aku memang best... sporting dengan idea yg merepek meraban. hehe.

4. Hari jumaat... bermulalah aktiviti berdangdut walaupun tak la macam Mas Idayu. Walaupun mula2 lupa step menari, akhirnya dapat juga buat tarian dangdut. Lantak la orang nak kata apa. Ada aku kisah?

5. Tq kpda coursemate yg tolong bantu-membantu golongan girl macam kitaorang ini, jasamu takkan ku lupa.

6. Siap video, proses mengedit.... proses yg menimbulkan kegilaan terhadap kawanku yg seorang ini. maunya tak, yg lain mana tahu nak buat edit2 bagai ni, aku edit asigment tau ar. Kalau edit video confirm video dangdut tukar jadi nasyid lepas ni. Terima kasih kawanku yg pandai dalam bab ini.





7. Upload video di youtube. Satu dunia tengok. Rasa macam nak gelak guling-guling. Yeee, Aku dah jadi artis yg tak bertauliah.

8. Sampai kelas, tayangan video di youtube. Time ni la internet buat hal. ingatkan selamat daripada ditonton oleh seluruh kelas, rupanya ada kawan aku dan download semua video menari. Sesi bermalu-maluan pun bermula.

9. 16 group, dengan lagu dan tarian yg berbeza, congrates semua. Walaupun baru first time. Korang memang pakar la menari.



10. Seterusnya.... satu video yg tak kuduga bakal berlaku dalam sejarah hidupku???

Simpulan Bahasa UPM

Hmm... menulis di pagi buta yg damai. Saat orang lain enak dibuai mimpi, aku baru nak post pasal simpulan bahasa. Well, kerja kumpulan yg wajib dibuat dalam kelas BBM3410. Dr. Normaliza suruh postkan tentang langkah2 saat kerja berjalan sampai la ke hari presentation. Nampak boring entry ni. Tapi aku kena tulis juga. Nk kuatkan ingatan untuk Exam...

1. Semua group berebut-rebut pilih simpulan bahasa. Kalau dapat yg senang best la, Kalau dapat yg susah, mengucap sajalah.

2. Saat selesai berbalah tentang simpulan bahasa, semuanya dah dapat tajuk simpulan bahasa masing-masing. Ada 12 semuanya. Dr. bagi kebebasan untuk tangkap gmbr di luar bilik kuliah. Apa lagi, ada yg curi tulang la juga. hihi.

3. Kerja bersambung di bilik. Pakai baju yg sesuai dengan maksud simpulan bahasa. Sesi pinjam meminjam baju. First time kupu-kupu malam pakai baju kebaya hijau. kelasss kau Mak...



4. Sangat susah nak tangkap gmbr yg maksudnya terlebih-lebih. Aku terpaksa menjadi anak ikan, ada yg kena mandi kerbau bla... bla...bla...



5. Masukkan slide dalam power point okey, masukkan lagu yg tak okey. Nasib baik ada groupmate yg pakar dalam bidang ni.

6. Sesi pembentangan, masalah bertimpa. pendrive kena virus la, mouse problem la, slide tak keluar lagu dan macam2 lagi masalah yg menimpa di kelas BBM3410. Kecoh habis.

7. Kerja bertambah bila ada gambar yg silap. Kena buat semula. Tension melanda diri....