Friday, 29 March 2013

Bila Bidasari Unnie Berdangdut

Aku nak story tentang pengalaman kumpulan Bidasari Unnie saat kitaorang laksanakan projek membuat statik video. Bidasari Unnie telah melakukan sesuatu pembaharuan yang tragis hingga menyebabkan zarah-zarah malu yang bermaharajalela sebelum ini hilang...

Masa mula-mula nak menari dengan lagu, memang malu gila. Maunya tak, di pagi yang tak berapa hening, berlatarkan pohon-pohon indah, kitaorang terpaksa mendangdutkan diri. Rasa macam nak gelak kuat-kuat sebab lawak sangat. Tapi, semua ahli group beri kerjasama yang sangat utuh membuatkan kerja-kerja berjalan dengan sempurna



But, thanks tu Din sebab tolong Bidasari Unnie mengadjust kamera dan thanks tu Asrul juga sebab bagi pinjam kamera kat kitaorang. Dan kepada yang menjayakan video ini. TQ sangat2.

So, kepada semua. Jangan lupa menyaksikan Bidasari Unnie beraksi dalam lagu Robek Hatiku nyanyian asal Mas Idayu dalam versi Bidasari Unnie. Ekslusif hanya di You Tube. Hehe.


Wednesday, 27 March 2013

Cerita Tentang Kita



Kali pertama kita bersua
Hanya senyuman sebagai teman bicara
Membisu tanpa sepatah kata
Mungkin malu masih beraja

Perkenalan itu masih baru
Walau kita di aliran yang sama
Mungkin usia dan status jadi penghalang
Sehingga semua segan tak keruan



Di situ
Kita memulakan bicara
Mengerat hubungan persahabatan
Tiada jurang halangan
Usirkan sifat malu dan segan

Kita bebas usik-mengusik
Kerana itu menjadi lumrah
Adat orang bersahabat

Program  Semarak Minoriti Semai
Menemukan aku dengan sahabat lama dan baru
Cantuman budaya dan sosiolinguistik
Melahirkan wadah persahabatan
Yang erat


Sunday, 17 March 2013

Kalut vs Serabut Minda

Walaupun update pasal asas grafik lambat sikit, aku kena juga menulis. Well sebagai bukti kehadiran dan kewujudan aku di dalam kelas yg bagai FBMK dilanda todak. Kesarabutan minda disebabkan banyak sangat kerja sampai aku rasa stress tahap gaban. Tugasan yg berlambak perlu di edit sebabnya kena hantar minggu ke 5 Selain 4 exam yg menunggu. Apa-apapun sebab aku ni student, so nak tak nak kena buat juga kerja yg di amanah walaupun bibir kadang kala tak henti berceloteh (membebel).

Tiba waktu nak buat kerja asas grafik, aku rasa macam kembali sekolah. Sebab kena bawa semua perkakas yang kanak-kanak gunakan masa buat pendidikan seni. Gunting, gam, majalah dan perkara yg sewaktu dengannya. Macam main tampal-tampal lukisan pun ada. Ingat masa ambil pendidikan seni kat sekolah.

Dr pun mulakan mukadimah yg tak berapa panjang lebar. Jenis gambar yg perlu diambil dan kaitan gambar dengan asas grafik. Dr siap pesan yg gambar tak boleh kedut-kedut, nanti kena reject, gam tak boleh kembung-kembung, nanti tak lawa. Semuanya berkaitan dengan kecantikan. Mula-mula duduk dalam group, kitaorang boleh gelak-gelak lagi tapi tangan still berjalan la. Usha gambar yg group lain ambil. bler lagi masa tu sebab baru pertama kali buat benda ni lepas beberapa tahun meninggalkannya. Nasib baik tak ada satu pun gambar yg kena reject. Kembang setaman juga masa tu sebab ada group lain yg gambarnya kena reject. He! He!

Jeng! Jeng!. setelah versi seronok mula berjalan, sambil mengambil gambar, senyum-senyum antara kawan-kawan (macam baru kenal jer), Suara pengumuman waktu menyiapkan kerja tinggal satu jam. Semua group mate aku terlopong. Argh, sudah! kerja kitaorang baru mula suku jalan. Gambar pun tak siap gunting lagi.  Proses melekat lagilah, pegang gam pun tak lagi. Mulalah cuak semua orang. Tangan tiba-tiba jadi ketar. Aku pun tak tahu sejak bila aku kena penyakit tangan ketar . Lupa nak beritahu yg setiap orang dari group aku ada tugas masing-masing. Ada yg gunting huruf dan nombor, ada yg gunting gambar dan ada yg tolong lekatkan gambar. Semuanya kerjasama. Tapi tetap lambat juga buat kerja, termasuklah aku. Dalam duk gabra nak siapkan tugas, proses sembang menyembang masih diteruskan. Maklumlah orang perempuan. Tak sembang tak boleh hidup.

Versi kekalutan sampai kemuncaknya bila kelas dah nak tamat. Kitaorang kena siapkan kerja sebelum tamat kelas. So, apa lagi, bermulalah adegan tangan ketar bersama kepeluhan di dalam penghawa dingin yg menyapa wajah. Aku tengok kelas dah macam ribut. Satu pihak sibuk tangkap gambar macam majlis reunion, satu puak pula sibuk lekat-lekat macam kelas lukisan dan di pihak kitaorang sibuk mengikat riben, dah macam nak ikat tocang. Tapi nasib kiraorang baik. Sebab kebijaksanaan kawan aku menarik beg Dr. dari terus meninggalkan kelas kuliah yg tercinta. Kitaorang berjaya menghantar hasil asas grafik kitaorang. Fuh, kalau tak sia-sia usaha kami semua menggeletar di dalam kelas.
Buat group Bidasari Unnie, good job you all. Korang memang best.

Saturday, 9 March 2013

BBM3410 Oh, Tidak!

First time masuk kelas dah pening kepala. Macam2 kena buat. Oh my God, Stress ketika menuju final sem. Kerja + kerja + kerja sampai tak tahu nak buat yang mana. Ditambah si 'M' yg serabutkan minda. Aku yg tengok bertambah serabut. Chill out la beb, don't rushing2. Apa2 pun kerja perlu dibuat... Nasib baik group, so boleh happening sikit.